Penangguhan Seminar Berikutan Penularan Virus COVID-19

Written by Super Admin. Posted in Student Info

Kemaskini : 30 Mac 2020

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Berikutan pengumuman daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan, adalah dengan ini dimaklumkan seminar bagi kelas-kelas iCEPS adalah ditangguhkan  sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sekian.


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Pemakluman kepada semua Pensyarah dan Pelajar iCEPS UiTM

Merujuk kepada perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai COVID-19 pada 16 Mac 2020, pihak iCEPS memandang serius tentang situasi yang terjadi. Justeru itu, pihak iCEPS memutuskan untuk menangguhkan semua aktiviti Penyampaian dan Pembelajaran (seminar dan atas talian) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Selain itu, semua operasi perkhidmatan UiTM juga ditutup sepenuhnya pada tempoh yang sama. Arahan ini adalah selaras dengan Pekeliling Naib Canselor Bilangan 05 Tahun 2020. Pemakluman ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Sekian, harap maklum.