PEMAKLUMAN BERKAITAN YURAN SESI 1 2021/2022 (20214)
Maklumat Pengurangan 20% Yuran Sesi 1 2021/2022 (20214)
Majlis Eksekutif Universiti (MEU) telah bersetuju meluluskan pengurangan 20% yuran bagi sesi 1 2021/2022 (20214) seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pengurangan yuran ini terpakai kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang mendaftar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi sesi 1 2021/2022, tidak termasuk program kursus jangka pendek atau program yang melibatkan yuran yang dikutip bagi pihak ketiga seperti yuran-yuran badan profesional, contohnya ACCA.
a) Pelajar yang telah mempunyai bil sesi 1 2021/2022 (20214)
Bagi pelajar yang telah menjelaskan yuran, bayaran pemulangan bagi pengurangan 20% yuran tersebut akan dikreditkan ke akaun bank seperti mana yang didaftarkan pada portal pelajar (Student Financial Services). Sila pastikan no akaun adalah betul, aktif dan didaftarkan atas nama pelajar sendiri (cth: bukan akaun ibu/bapa). Bagi pelajar yang belum menjelaskan yuran, bil akan dibatalkan dan dijana semula pada kadar kurang 20% daripada yuran asal. (Bil akan dijana semula pada minggu pertama November 2021)
b) Pelajar yang membuat penjanaan bil melalui pendaftaran kursus
Pelajar yang membuat penjanaan bil sendiri (penjanaan bil melalui pendaftaran kursus), pengeluaran bil akan bermula selewat-lewatnya pada minggu pertama November 2021 bagi memberi laluan kerja-kerja pengemaskinian parameter selari keputusan MEU ke atas pengurangan 20% yuran sesi 1 2021/2022 (20214)
Permohonan penangguhan yuran pengajian
Perhatian kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PHD) sesi 1 2021/2022 (20214).
Susulan arahan Kementerian Pengajian Tinggi ke atas kelonggaran bayaran yuran pengajian dalam menangani pandemik Covid-19, UiTM telah bersetuju untuk memberi penangguhan bayaran bagi sesi 1 2021/2022 (20214).
Pelajar TIDAK PERLU membuat permohonan bagi tujuan penangguhan bayaran yuran. Status penangguhan bayaran pelajar akan dikemaskini secara pukal (proses akan dilaksanakan oleh HEA & Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar) setelah selesai urusan pendaftaran pelajar.
Nota: Yuran bagi sesi 1 2021/2022 (20214) boleh dijelaskan selewat-lewatnya pada 23 Feb 2022.
Sekian, terima kasih