Semua Program PJJ/Separuh Masa diiktiraf oleh pihak-pihak yang terbabit, seperti Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Dari segi syarat, polisi, kualiti, kurikulum, silabus dan sebagainya, Program PJJ/Separuh Masa adalah sama dengan program-program UiTM sepenuh masa yang lain. Perbezaan adalah dari segi cara pembelajaran sahaja
2. Bolehkah saya memindah kredit yang telah saya perolehi dari IPT lain?
Setelah diterima dan mendaftar sebagai pelajar PJJ/Separuh Masa UiTM, anda boleh memohon untuk mendapat pemindahan kredit bagi kursus-kursus yang telah anda ambil dan lulus daripada IPT yang diikitiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
3. Saya mempunyai kelayakan dari IPTS. Bolehkah saya menggunakannya untuk memenuhi syarat kemasukan?
Semua kelulusan IPTS yang diiktiraf oleh LAN boleh digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan ke dalam program-program PJJ/Separuh Masa.
4. Adakah UiTM menyediakan sebarang bantuan kewangan atau biasiswa?
Program PJJ/Separuh Masa adalah program yang telah mendapat subsidi dari UiTM dan membolehkan kadar yuran rendah dikenakan. Bantuan kewangan secara langsung tidak dapat disediakan. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapat pinjaman pendidikan dari mana-mana institusi kewangan. Permohonan Program Musaadah Pendidikan iCEPS disediakan bagi pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://iceps-online.uitm.edu.my/musaadah/.
1. Di manakah pelajar boleh mendapatkan bil pengajian dan berapakah jumlah bayaran yuran yang perlu dijelaskan oleh pelajar?
a. Pelajar Semester 1:Boleh mendapatkan bil pengajian melalui pautan surat tawaran berikut: https://iis-iceps.uitm.edu.my/register/
b. Pelajar Semester 2 dan ke atas:Bil boleh diperoleh melalui portal pelajar 48 jam selepas mendaftar kursus dan menekan butang jana bil. (Sila rujuk kerani program atau kerani cawangan.)
c. Sila jelaskan yuran seperti yang tertera pada bil tersebut. Untuk semakan perincian pengiraan, sila rujuk pautan ini: https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/fees-details
2. Bilakah tarikh akhir pembayaran yuran pengajian akademik?
a. Kesemua pelajar tertakluk kepada tarikh akhir pembayaran pada kalendar akademik setiap semester.
b. Pelajar adalah diingatkan supaya mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting pada kalendar akademik. Sila rujuk kalendar akademik sesi semasa: https://iceps.uitm.edu.my/index.php/download-new/student
3. Bagaimana cara pembayaran yuran akademik?
Terdapat 4 mod pembayaran bil yang boleh dipilih:
1. Kaunter Cawangan Bank Islam
- Sila pastikan nama dan nombor bil dicetak di slip pembayaran bil.
- Bil akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
2. Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam
- Pilih menu “Lain-Lain Bayaran” > “Pembayaran Bil / Yuran IPT”.
- Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar.
- Pilih bil yang hendak dijelaskan.
- Bil akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
3. Perbankan Internet Bank Islam
(Bagi pelajar yang mempunyai akaun Bank Islam)
- Layari https://bimb.com/.
- Klik butang "Login".
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
- Pilih "Pay" > "View More" > "Bill Presentment".
- Pada "ID Type", pilih "New IC Number" dan masukkan No. Kad Pengenalan.
- Klik butang "Next".
- Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
- Pilih bil yang hendak dibayar. Klik butang "Make Payment".
- Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
- Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
- Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran.
- Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran.
- Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
- Pelajar dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai rujukan.
- Bil akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
4. VISA / Mastercard & Kipple Pay
- Mod pembayaran ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang tidak mempunyai akaun Bank Islam untuk membuat pembayaran secara dalam talian. Sila pilih Visa/Mastercard bagi pembayaran menggunakan kad kredit/kad debit atau pilih Kipple Pay bagi pembayaran menggunakan online banking.
- Bagi pelajar yang mempunyai akaun Bank Islam, anda digalakkan untuk membuat pembayaran menggunakan perbankan internet Bank Islam.
- Pembayaran melalui kaedah ini akan mengambil masa antara 2 hingga 7 hari bekerja untuk yuran dikemaskini kepada status "Telah Dibayar".
- Untuk pelajar yang tidak mempunyai akaun Bank Islam, pembayaran boleh dibuat melalui pautan berikut: https://myfpx.uitm.edu.my/
SILA PASTIKAN RESIT RASMI DICETAK DAN DISIMPAN UNTUK TUJUAN SEMAKAN / PENGESAHAN.
4. Berapa lamakah status bayaran akan dikemaskini di portal pelajar setelah bayaran dilakukan?
Bayaran akan dikemaskini di portal pelajar dan boleh disemak dalam tempoh:
- Selepas 2 hari bekerja – Kaunter BIMB / ATM.
- Selepas 2 - 7 hari bekerja – Debit/Credit Card / BIMB Internet Banking.
Penting: Mohon kepada pelajar untuk tidak melakukan pembayaran berganda ke atas nombor bil yang sama. Sekiranya ingin melakukan pengeluaran KWSP, sila ambil kira tempoh 30 hari dari tarikh permohonan untuk bil tersebut dikemaskini.
SILA PASTIKAN RESIT RASMI DICETAK DAN DISIMPAN UNTUK TUJUAN SEMAKAN / PENGESAHAN.
5. Bil telah dijelaskan (selain daripada pengeluaran KWSP) tetapi setelah 7 hari bekerja, status bayaran masih tidak bertukar kepada “Telah Dibayar”.
Sila emelkan persoalan tersebut terus kepada iceps-finance@uitm.edu.my beserta nombor pelajar anda dan lampiran resit tersebut bagi semakan pihak kami.
6. Adakah staf UiTM yang menyambung pengajian layak menerima diskaun yuran staf?
Pelajar berstatus Staf UiTM layak menerima diskaun yuran pengajian sebanyak 50%.
Tatacara permohonan:
- Emailkan surat pengesahan staf (terkini) yang boleh diperolehi daripada PTJ staf masing-masing ke iceps-finance@uitm.edu.my.
- Proses ini perlu dilakukan bagi setiap semester.
- Diskaun yuran yang diberikan ini tidak membenarkan lagi staf memohon bayaran secara ansuran.
- Pelajar digalakkan untuk menghantar permohonan diskaun staf setelah melakukan Validasi Kursus bagi semester semasa.
7. Bolehkah pelajar melakukan pembayaran secara ansuran?
Ya, pelajar yang berkelayakan dengan syarat boleh memohon. Sila kemukakan surat permohonan rasmi melalui e-mel ke iceps-finance@uitm.edu.my.
a. Syarat ansuran bayaran:
- Pendapatan: Gaji bersih RM1,500 dan ke bawah. Bagi yang tidak mempunyai slip gaji, bekerja sendiri atau tidak bekerja, pengesahan daripada Ketua Kampung atau Penghulu diperlukan.
- Baki KWSP: Akaun 2 KWSP berbaki RM300 dan ke bawah.
- Tajaan: Tiada sebarang penajaan seperti PTPTN, JPA, Zakat dan lain-lain.
- Jumlah Yuran: Kadar yuran pengajian semasa melebihi RM1,000.
b. Terma & Peraturan Permohonan:
- Tempoh Permohonan: Permohonan boleh dihantar selepas tempoh daftar/gugur kursus tamat dan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akhir pembayaran yuran.
- Had Ansuran: Pembayaran ansuran terhad kepada 3 kali bayaran sahaja. Pelajar boleh menyemak kelulusan pecahan bil ansuran di portal pelajar.
- Komitmen Pembayaran:
- Ansuran pertama mesti dijelaskan sebelum Tarikh Akhir Pembayaran Yuran bagi mengelakkan tindakan Gugur Taraf Pertama (GT).
- Baki ansuran selebihnya perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Yang Diluluskan Penangguhan Pembayaran Yuran Sebelum Gugur Taraf Muktamat (status Y3/Y4).
- Sekatan Kelulusan: Permohonan semester semasa tidak akan diluluskan sekiranya pelajar:
- Mempunyai tunggakan daripada permohonan ansuran semester terdahulu yang masih belum diselesaikan.
- Pernah dikenakan tindakan Gugur Taraf akibat gagal mematuhi tempoh pembayaran ansuran yang telah ditetapkan.
- Penghantaran dokumen permohonan yang lengkap tidak menjamin kelulusan. Segala keputusan adalah tertakluk kepada hasil semakan dan pertimbangan pihak iCEPS.
c. Panduan Menyediakan Surat Permohonan Rasmi:
- Format Surat: Menggunakan jenis fon Arial dan spacing 1.0. Surat mestilah ditandatangani oleh pelajar.
- Isi Kandungan: Menyatakan alasan kelewatan serta menyertakan senarai komitmen/tanggungan bulanan beserta jumlah (RM).
- Dokumen Sokongan:
- Slip Gaji: Lampirkan slip gaji terkini. Sila palang slip tersebut dan tulis “UNTUK KEGUNAAN iCEPS”.
- Penyata KWSP: Lampirkan salinan penyata Akaun 2 KWSP terkini. Sila palang penyata tersebut dan tulis “UNTUK KEGUNAAN iCEPS”.
- Penghantaran: E-melkan dokumen lengkap dalam format PDF ke iceps-finance@uitm.edu.my.
8. Bolehkah pelajar menangguh untuk melakukan pembayaran yuran akademik?
Pelajar yang dibenarkan penangguhan hanyalah:
- Pelajar-pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi atau syarikat (kecuali MUSA’ADAH) dan telah mengemaskini maklumat tajaan di portal Mystudent. Pelajar akan mendapat status Y3 (Penangguhan).
- Pelajar yang telah membuat pengeluaran pendidikan KWSP lebih awal, sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh akhir bayaran.
Penting 1: Hanya permohonan pembayaran yuran melalui pengeluaran KWSP yang telah dikreditkan ke akaun UiTM sahaja diberikan status Y4 (Penangguhan) sementara menunggu bil pelajar dikemas kini kepada “Telah Dibayar”.
Penting 2: Pelajar yang telah lulus permohonan tajaan seperti PTPTN perlu emelkan surat kelulusan ke iceps-finance@uitm.edu.my dan mengemaskini status tajaan di Mystudent.
Penting 3: Yuran pengajian akademik bagi pelajar yang layak diberikan penangguhan perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir bayaran muktamad.
9. Bagaimanakah proses bagi pelajar untuk memohon sebarang tajaan?
- Pelajar mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman atau memohon tajaan bagi pembayaran yuran pengajian.
- Pelajar hendaklah menguruskan sendiri hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman/tajaan tersebut.
- Surat pengesahan yuran boleh diperolehi di portal pelajar.
- Surat pengesahan pelajar boleh dimohon melalui kerani program di Bahagian Program Akademik.
10. Adakah pinjaman PTPTN boleh dimohon?
Pelajar boleh memohon pinjaman PTPTN secara atas talian melalui http://www.ptptn.gov.my/ . Pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.
11. Bilakah permohonan PTPTN akan dibuka?
Sila rujuk laman web PTPTN: www.ptptn.gov.my .
Penting: Sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, sila berhubung dengan Unit Pengambilan Pelajar Bahagian Program Akademik.
12. Saya di semester 17, adakah terdapat caj tambahan dalam yuran pengajian saya?
Pelajar akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM30.00 bagi setiap jam kredit yang telah berdaftar pada semester tersebut.
13. Bagaimanakah untuk melakukan pengeluaran KWSP?
Klik untuk panduan dan tatacara pengeluaran KWSP .
Penting: Setiap permohonan pelajar melalui i-Akaun KWSP akan diberi maklum balas oleh sistem UiTM kepada sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.
Penting: Pelajar hanya perlu menyemak permohonan pengeluaran di portal KWSP sama ada telah bertukar status daripada “SUBMITTED FOR HIGHER LEARNING INSTITUTION CONFIRMATION” ke status “REGISTERED” dalam tempoh 2-3 hari selepas proses pengeluaran dilakukan.
14. Saya telah mempunyai tajaan namun saya ingin melakukan pengeluaran KWSP.
Pengeluaran KWSP bagi pelajar yang mempunyai tajaan hanya akan diluluskan sekiranya pelajar hanya mendapat separa tajaan sahaja.
Penting: Mulai 3 Februari 2026, semua permohonan pengeluaran pendidikan KWSP bagi pelajar yang mendapat separa tajaan perlu dibuat sepenuhnya secara atas talian i-Akaun KWSP.
Semua pelajar yang menerima tajaan diminta untuk mengemaskini maklumat tajaan masing-masing di dalam sistem Portal Mystudent dengan memilih kategori tajaan sama ada:
- Tajaan penuh
- Tajaan separa
Sekiranya tajaan telah tamat, mohon kemaskini kepada tiada tajaan/pembiayaan/pinjaman. Sila mohon pengeluaran selepas 48 jam selepas mengemaskini maklumat tajaan.
15. Jumlah di Akaun 2 KWSP saya tidak mencukupi untuk membayar yuran, adakah saya masih boleh melakukan Pengeluaran Pendidikan?
Sekiranya jumlah Akaun 2 tidak mencukupi bagi menampung yuran, pelajar boleh membuat pengeluaran mengikut baki yang sedia ada.
Bil akan dikemaskini mengikut jumlah pengeluaran. Setelah bil dipecahkan mengikut jumlah pengeluaran, bil selebihnya boleh dibayar secara tunai di Kaunter Bank Islam, mesin ATM Bank Islam atau secara atas talian.
Pemecahan bil tersebut boleh mengambil masa sehingga 28 hari bekerja. Bil pecahan tersebut perlu dijelaskan selewat-lewatnya sebelum tarikh akhir bayaran.
Contoh situasi:
Baki Akaun 2 KWSP Pelajar - RM1,000.00
Jumlah Bil UiTM - RM1,500.00
Solusi:
Bayaran menggunakan baki KWSP Akaun 2 pelajar - RM1,000.00 (Proses pengeluaran wajib dilakukan 30 hari sebelum tarikh akhir bayaran yuran)
Bil pecahan selepas menerima wang daripada pihak KWSP - RM500.00 (Baki yuran yang perlu diselesaikan oleh pelajar).
16. Perlukah saya memaklumkan kepada pihak Bendahari iCEPS jika saya telah melakukan proses Pengeluaran KWSP di Akaun 2 bagi pembiayaan Pendidikan?
Pelajar tidak perlu memaklumkan kepada pihak iCEPS jika telah melakukan proses pengeluaran KWSP kerana proses pengeluaran telah dinaik taraf kepada sistem atas talian.
Pelajar hanya perlu menyemak di Withdrawal History di portal i-AKAUN KWSP jika bayaran telah dilakukan kepada pihak BENDAHARI UITM. Proses ini mengambil masa 7 hari bekerja.
Status bil pelajar masih belum bertukar ke ‘TELAH BAYAR’ kerana menunggu urusan penyesuaian bil pelajar di Bank Islam bersama UiTM selesai dalam anggaran tempoh 28 hari bekerja.
17. Saya telah memohon pengeluaran KWSP, bagaimanakah saya boleh melakukan semakan sama ada permohonan saya telah diluluskan atau tidak?
Sila emelkan pertanyaan tersebut kepada iceps-finance@uitm.edu.my selepas 24 jam daripada tempoh permohonan beserta maklumat seperti nombor pelajar bagi semakan pihak kami.
18. Saya telah memohon pengeluaran KWSP, namun bil saya masih tidak dikemaskini kepada “Telah Dibayar”.
- Tempoh Proses: Bayaran KWSP ke UiTM mengambil masa 14 hingga 21 hari bekerja.
- Penerimaan Universiti: Jika akaun KWSP sudah ditolak, UiTM dianggarkan akan menerima bayaran dan maklumat tersebut dalam masa 5 hari bagi pilihan “Bayar Kepada IPT”.
- Kemas Kini Portal: Status bil pelajar akan dikemas kini 1 hingga 2 kali seminggu mengikut kepadatan transaksi bayaran yang diterima daripada KWSP secara pukal.
Penting: Bagi pengeluaran kali pertama, sila hadir ke kaunter KWSP terdekat untuk pengesahan cap jari selepas menerima SMS. Jika gagal hadir dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan akan dibatalkan serta-merta.
19. Bagaimanakah saya boleh menyemak punca permohonan pengeluaran KWSP berstatus "Tidak Mematuhi"?
Sila emelkan persoalan tersebut terus kepada iceps-finance@uitm.edu.my beserta nombor pelajar anda.
20. Saya telah memohon pengeluaran KWSP tetapi disebabkan proses lengkap bayaran mengambil masa yang terlalu lama, saya memutuskan untuk membayar menggunakan kaedah lain dan ingin menuntut semula lebihan bayaran.
Sila emelkan situasi tersebut terus kepada iceps-finance@uitm.edu.my beserta nombor pelajar dan resit pembayaran untuk semakan pihak kami.
Sila kemaskini juga maklumat akaun bank di Student Financial Service di portal pelajar.
21. Bagaimana sekiranya pelajar tambah/gugur subjek setelah menjana yuran pengajian kali pertama? Adakah bil akan dikemaskini?
- Mohon pelajar memaklumkan kepada pihak Bahagian Kewangan iCEPS dengan menghantar email kepada iceps-finance@uitm.edu.my sebelum Tarikh Akhir Pembayaran Yuran.
- Bil hanya akan dikemaskini bagi kursus yang ditambah dan digugurkan dalam tempoh sahaja.
- Sila semak bil pelajar dari masa ke masa dan lakukan pembayaran sebelum tarikh akhir pembayaran.
22. Bagaimana pula jika tambah/gugur subjek di luar tempoh?
- Bil pengajian tidak akan dikemaskini.
- Denda RM100.00 bagi setiap satu subjek.
23. Bagaimanakah cara untuk menuntut pemulangan yuran pengajian kerana pelajar cuti khas, tangguh pengajian, menarik diri dan lain-lain?
- Permohonan pemulangan boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut: https://iceps-apps.uitm.edu.my/
- Bahagian Kewangan akan memproses pembayaran dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan telah disemak dan diluluskan oleh pihak Bahagian Program Akademik.
24. Berapakah kadar yuran Cuti Khas dan bilakah bil tersebut akan dikemaskini?
- Terdapat tiga (3) tahap permohonan cuti khas yang mengenakan kadar yuran berlainan. Klik untuk info.
- Bil dan kadar yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan Cuti Khas akan dikemaskini setelah pihak Bahagian Kewangan menerima maklumat dan arahan daripada Bahagian Program Akademik iCEPS.
- Bil tersebut boleh dijelaskan sehingga sebelum bermula semester baharu.
25. Saya ingin menarik diri daripada meneruskan pengajian di iCEPS, bolehkah saya mendapatkan semula yuran yang telah dibayar?
Pemulangan yuran bagi pelajar menarik diri tertakluk kepada makluman berikut:
| Bil | Perkara | Kadar Pemulangan Yuran |
|---|---|---|
| 1 | Pelajar baharu yang memohon menarik diri sebelum hari pertama pendaftaran kursus | 80% yuran pengajian dikembalikan |
| 2 | Pelajar memohon menarik diri dalam tempoh penambahan/pengguguran kursus | 70% daripada yuran pengajian dikembalikan |
| 3 | Pelajar memohon menarik diri selepas tempoh penambahan/pengguguran kursus | Tiada pemulangan |
26. Pelajar diberikan status TG pada semester pertama
TG atau Tangguh Semester diberikan kepada pelajar kerana kekangan daripada pihak UiTM, contohnya kelas ditutup kerana bilangan pelajar tidak mencukupi.
- Penjanaan bil Tangguh Semester = RM100.00
27. Apakah yang berlaku sekiranya pelajar tidak mendaftar dan tidak menjelaskan bayaran yuran mengikut tarikh yang ditetapkan?
- Pelajar akan digugur taraf (GT) dan denda sebanyak RM200 akan dikenakan bagi setiap Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) yang diluluskan.
- Akses kepada portal pelajar, iCLASS dan UFuture akan disekat.
28. Sekiranya pelajar telah digugur taraf bagaimana hendak melakukan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT)?
- Pelajar boleh memohon RPGT melalui portal pelajar bermula daripada tarikh Gugur Taraf. Klik “Appeal for Reinstatement of Status as Student” pada portal pelajar dan ikut langkah-langkah di paparan skrin.
- Sila rujuk kalendar akademik bagi tarikh akhir pembayaran untuk pelajar yang telah diluluskan RPGT (GT2).
- Pelajar boleh mengakses semula portal pelajar, UFuture dan sistem-sistem lain selepas permohonan RPGT diluluskan.
- Bil denda RPGT perlu dijelaskan sebelum pengumuman keputusan peperiksaan. Sila semak bil pada portal pelajar dari masa ke masa. Rujukan mengenai kelulusan RPGT .
29. Saya terlupa untuk mendaftar subjek sehingga tarikh gugur taraf pertama dan ingin mengambil cuti khas pada semester tersebut.
Pelajar perlu melalui proses RPGT terlebih dahulu. Caj yang akan dikenakan kepada pelajar adalah:
- Permohonan pembatalan GT = RM50.00
- Pengaktifan semula status pelajar = RM50.00
- Kekal status semester 2 ke atas = RM65.00
- Kekal status semester 1 ke atas = RM130.00
- Bil yuran pengajian bagi pelajar semester 1 akan dibatalkan sepenuhnya
JUMLAH BIL BAGI SEMESTER 1 = RM230.00
JUMLAH BIL BAGI SEMESTER 2 KE ATAS = RM65.00
30. Pelajar dikenakan Gugur Taraf Pertama dan memohon RPGT, namun tidak menjelaskan yuran pengajian sehingga sebelum peperiksaan akhir/tamat semester semasa.
a. Contoh situasi:
Pelajar dikenakan Gugur Taraf pada sesi 20164 dan ingin menyambung semula pada sesi yang sama namun masih tidak menjelaskan yuran pengajian sebelum peperiksaan akhir walaupun telah memohon RPGT.
Jawapan: Pelajar akan dikenakan tindakan Gugur Taraf Muktamad. Nama pelajar akan dikeluarkan daripada senarai nama pelajar yang dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir. Pelajar juga perlu mengulang semula subjek semester tersebut pada semester baharu.
b. Contoh situasi:
Pelajar dikenakan Gugur Taraf dan tidak melakukan permohonan RPGT pada sesi 20164 namun ingin menyambung semula pada sesi berikutnya.
Jawapan: Keseluruhan yuran dibatalkan bagi pengajian sesi 20164.
- Permohonan RMP sesi 20164 = RM50.00
- Pengaktifan semula status pelajar sesi 20164 = RM50.00
- Kekal status bagi sesi 20164 = RM65.00
31. Pelajar dikenakan Gugur Taraf dan TIDAK memohon RPGT namun bil yuran pengajian telah dijana. Pelajar memohon RMP pada semester berikutnya.
Contoh situasi:
Pelajar digugur taraf pada sesi 20164 dan memohon RMP pada sesi 20172.
Jawapan: Keseluruhan yuran dibatalkan bagi pengajian sesi 20164.
- Permohonan RMP = RM50.00
- Pengaktifan semula status pelajar = RM50.00
- Kekal status bagi sesi 20164 = RM65.00
- Kekal status bagi sesi 20172 (Status PG) = RM65.00
Jumlah Bil Dikenakan Bagi Sesi 20164 = RM165.00
Jumlah Bil Dikenakan Bagi Sesi 20172 = RM65.00
32. Yuran pelajar berstatus Y3 (mempunyai tajaan) namun tidak membayar yuran sehingga hujung semester semasa.
Contoh situasi:
Pelajar dikenakan gugur taraf (GT3) sesi 20164 dan memohon RMP pada sesi 20172.
- Keseluruhan yuran pengajian dikekalkan bagi sesi 20164 kerana pelajar dibenarkan ke kelas sehingga akhir semester.
- Permohonan RMP = RM50.00
- Pengaktifan semula status pelajar = RM50.00
- Bil kekal status sesi 20172 (Status PG) = RM65.00
Jumlah Bil Tambahan Dikenakan Bagi Sesi 20164 = RM100.00
Jumlah Bil Dikenakan Bagi Sesi 20172 = RM65.00
33. Kenapa keputusan peperiksaan akhir saya disekat?
Hal ini terjadi kerana terdapat tunggakan yang masih belum dijelaskan. Sila rujuk portal pelajar.
Keputusan peperiksaan boleh diakses dalam tempoh 48 jam setelah status bayaran bil tersebut telah dikemaskini di portal pelajar.
Mohon kepada pelajar untuk selalu menyemak portal bil pelajar sehingga sebelum pengumuman keputusan peperiksaan akhir.
1. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM?
Tidak boleh. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada warganegara Malaysia dan Bumiputera sahaja.Berikut adalah table untuk menentukan taraf bumiputera
|
Negeri |
Takrifan Bumiputera |
| Semenanjung | Jika salah seorang ibu ATAU bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. |
| Sabah | Jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. |
| Sarawak | Jika bapa DAN ibu calon adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. |
2. Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan?
Sesi pengambilan pelajar dilakukan dua kali (2X) setahun bagi program Diploma dan Sarjana Muda iaitu pada bulan Mac dan September.
3. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?
Permohonan kemasukan ke iCEPS, UiTM boleh dibuat melalui pautan berikut (https://iis-iceps.uitm.edu.my/register). Tempoh permohonan dibuka sepanjang masa.
4. Bagaimanakan calon boleh membuat semakan keputusan permohonan??
Calon boleh membuat semakan keputusan melalui pautan (https://iis-iceps.uitm.edu.my/semak).
5. Adakah saya perlu membeli nombor pin BSN?
TIDAK PERLU. Pemohon hanya perlu membuat bayaran wang proses sebanyak RM15 sebagai caj pemprosesan permohonan.
6. Apakah syarat kemasukan program iCEPS?
Syarat kemasukan setiap program adalah tertakluk kepada Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program yang ditetapkan oleh Fakulti. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang iCEPS dan klik link berikut untuk program Diploma dan Sarjana Muda separuh masa (https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/main-course/part-time).
7. Apakah program yang ditawarkan di iCEPS,UiTM?
Program yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan di laman sesawang iCEPS.(https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/main-course/part-time)
8. Adakah setiap program ditawarkan pada setiap sesi pengambilan?
TIDAK SEMESTINYA. Bagi program sains kesihatan untuk peringkat Sarjana Muda ianya hanya ditawarkan setahun sekali iaitu pada sesi kemasukan September sahaja.
9. Adakah boleh memohon program Sarjana Muda yang ditawarkan sekiranya masih belum menduduki Malaysian University English Test (MUET)
BOLEH. Calon dibenarkan untuk membuat permohonan tanpa MUET. Walaubagaimanapun, calon perlu menduduki MUET sebelum bergraduat kecuali untuk program LW213 yang memerlukan MUET sebelum membuat permohonan.
10. Adakah program pengajian separuh masa e-PJJ&PLK iCEPS-UiTM diiktiraf oleh badan professional dan MQA?
YA. Program-program pengajian separuh masa e-PJJ&PLK yang dijalankan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan professional yang berkenaan
11. Apakah perbezaan mod Pengajian Luar Kampus (PLK) dengan Pengajian Jarak Jauh(e-PJJ)?
Tiada perbezaan yang ketara diantara e-PJJ dan PLK dimana kelas akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas tersebut bergantung kepada program yang diambil.
12. Bolehkah lepasan Diploma Eksekutif mengikuti program Sarjana Muda Separuh Masa?
BOLEH. Namun, hanya untuk calon yang bergraduasi dari UMCCED sahaja. Berikut adalah senarai program yang telah diluluskan serta Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf):
i. Diploma Pengurusan (MQA/ SWA0628)
ii. Diploma Pengurusan Perniagaan (MQA/ SWA0629)
iii. Diploma Pengurusan Sumber Manusia (MQA/ SWA0630)
iv. Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) (MQA/ SWA0626)
v. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) (MQA/ SWA0625)
vi. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) (MQA/ SWA0627)
vii. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak – kanak (MQA/ SWA0633)
viii. Diploma Eksekutif Kaunseling (MQA/ SWA0632)
ix. Diploma Eksekutif Pentadbiran Perkaunan (MQA/ SWA0631)
13. Bolehkah lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) menyambung pengajian ke program Diploma separuh masa UiTM?
BOLEH. Namun tidak semua bidang dari Sijil Vokasional Malaysia (SVM) layak ke program Diploma Separuh Masa UiTM. Berikut adalah senarai bidang dari SVM layak ke program Diploma separuh masa UiTM:
|
Lepasan/ Bidang Sijil Vokasional Malaysia (SVM) |
Layak ke Program Diploma Separuh Masa UiTM |
|---|---|
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) |
|
| i. Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik | i. Diploma Pengurusan Maklumat (CDIM110) |
| ii. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan | |
| iii. Teknologi Kejuruteraan Awam | |
| iv. Teknologi Pembuatan & Pemprosesan | |
| v. Hospitaliti & Pelancongan | |
| vi. Pengajian & Perkhidmatan Masyarakat | |
| vii. Perniagaan | |
| viii. Teknologi Maklumat & Komunikasi | |
| ix. Seni Reka | |
| x. Pertanian | |
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP) |
|
| i. Pelancongan | i. Diploma Pengurusan Pelancongan (HM111) |
| i. Seni Kulinari | i. Diploma Seni Kulinari (HM115) |
| ii. Bakeri dan Pastri | |
Fakulti Pengurusan & Perniagaan (FPP) |
|
| i. Pengurusan Perniagaan | i. Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) ii. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BA132) |
| ii. Kesetiausahaan Pentadbiran | |
| iii. Perbankan | |
| iv. Insurans | |
| v. Pemasaran | i. Diploma Pentadbiran Awam (AM110) |
| vi. Pengurusan Peruncitan | |
| vii. Perakaunan | |
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) |
|
| i. Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik | i. Diploma Pengurusan Sukan & Rekreasi (SR111) ii. Diploma Pengajian Sukan (SR113) |
| ii. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan | |
| iii. Teknologi Kejuruteraan Awam | |
| iv. Teknologi Pembuatan & Pemprosesan | |
| v. Hospitaliti & Pelancongan | |
| vi. Pengajian & Perkhidmatan Masyarakat | |
| vii. Perniagaan | |
| viii. Teknologi Maklumat & Komunikasi | |
| ix. Seni Reka | |
| x. Pertanian | |
kemasukan akan dipertimbangkan dengan pengalaman kerja sekurang – kurangnya tiga (3) tahun.
14. Bolehkah lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) menyambung pengajian ke program Sarjana Muda separuh masa UiTM?
BOLEH. Namun tidak semua bidang dari lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) layak ke program Sarjana Muda Separuh Masa UiTM. Berikut adalah senarai bidang dari DVM layak ke program Sarjana Muda separuh masa UiTM:
|
Lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) |
Layak ke Program Sarjana Muda Separuh Masa UiTM |
|---|---|
Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) |
|
| i. Multimedia Kreatif (Animasi) ii. Reka Bentuk Grafik Industri (Media Cetak) iii. Fesyen dan Membuat Pakaian |
i. Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian) (CAAD261) ii. Sarjana Muda Seramik Perindustrian (Kepujian) (CAAD265) iii. Sarjana Muda Fotomedia Kreatif (Kepujian) (CAAD267) |
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPP) |
|
| i. Pengurusan Perniagaan ii. Kesetiausahaan Pentadbiran iii. Perbankan iv. Insuran v. Pemasaran vi. Pengurusan Peruncitan vii. Perakaunan viii. Pelancongan |
i. Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) (AM238) i. Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan (BA262) ii. Sarjana Muda Pentadbiran Pemasaran (Kepujian) Pemasaran (BA270) |
| i. Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam (MC242) ii. Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Antarapersonal (MC247) |
|
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) |
|
| i. Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian ii. Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web |
i. Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan (CDIM260) ii. Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod (CDIM261) iii. Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat (CDIM262) |
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP) |
|
| i. Seni Kulinari ii. Bakeri dan Pastri iii. Pelancongan iv. Kosmetologi |
i. Sarjana Muda Sains Pengurusan Hospitaliti (Kepujian) (HM260) ii. Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan (Kepujian) (HM261) iii. Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Kepujian) (HM262) iv. Sarjana Muda Sains Pengurusan Seni Kulinari (Kepujian) (HM265) |
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) |
|
| i. Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik ii. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan iii. Teknologi Kejuruteraan Awam iv. Teknologi Pembuatan & Pemprosesan v. Hospitaliti & Pelancongan vi. Pengajian & Perkhidmatan Masyarakat vii. Perniagaan viii. Teknologi Maklumat & Komunikasi ix. Seni Reka x. Pertanian |
i. Sarjana Muda Pengurusan Sukan (SR241) |
kemasukan akan dipertimbangkan dengan pengalaman kerja sekurang – kurangnya tiga (3) tahun.
15. Adakah saya dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke UiTM?
TIDAK BOLEH. Kemaskini maklumat permohonan hanya boleh dibuat sebanyak 3 kali (3x) sebelum surat tawaran dikeluarkan.
16. Bilakah surat tawaran akan dikeluarkan?
Secara amnya, surat tawaran akan dikeluarkan sebulan lebih awal dari tarikh pendaftaran. Surat tawaran hanya dikeluarkan untuk pemohon yang berjaya.
17. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan?
Tidak boleh.
18. Adakah saya akan disenarai hitam jika menolak tawaran ini?
Tidak.
19. Bolehkah saya menangguhkan tawaran mengikuti pengajian semester ini?
Tidak boleh
20. Mengapakah program/ kampus yang ditawarkan berlainan dengan program/kampus yang dimohon?
Program atau kampus yang ditawarkan berlainan kerana penawaran tersebut adalah berdasarkan bilangan pelajar bagi setiap program.
Sekiranya bilangan pelajar untuk program tersebut tidak mencukupi iaitu melebihi 10 orang, calon akan ditawarkan ke program yang lain dengan kampus yang sama.
ATAU
Calon akan ditawarkan ke kampus yang berbeza namun program yang ditawarkan adalah sama
21.Berapakah kadar yuran pengajian bagi program Diploma dan Sarjana Muda separuh masa UiTM?
Pemohon boleh membuat semakan kadar yuran pengajian melalui surat tawaran yang diperolehi atau layari laman sesawang iCEPS untuk maklumat lanjut. Pautan untuk semakan kadar yuran pengajian adalah seperti berikut https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/fees-details
22. Berapa lamakah tempoh pengajian bagi program Diploma dan Sarjana Muda separuh masa iCEPS?
Tempoh pengajian ialah 3 hingga 5 tahun mengikut pelan pengajian.
23.Bolehkah pelajar dari lepasan APEL A menyambung pengajian ke Sarjana Muda separuh masa UiTM?
BOLEH. Pemohon hendaklah mempunyai keputusan APEL T-6 bagi melayakkan calon menyambung pengajian ke Sarjana Muda separuh masa UiTM.
24. Adakah calon boleh membuat permohonan pembiayaan pinjaman dari PTPTN?
Boleh. Untuk maklumat lanjut, calon diminta untuk melayari laman sesawang berikut http://www.ptptn.gov.my/
25. Adakah calon boleh membuat pengeluaran KWSP bagi pembayaran yuran pengajian?
Boleh. Untuk maklumat lanjut, calon diminta untuk melayari laman sesawang berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/home
1. Berapakah tempoh pengajian bagi satu-satu program iCEPS,UITM ?
Tempoh pengajian adalah bergantung kepada Jumlah Kredit Program yang wajib disempurnakan. Secara amnya, tempoh pengajian bagi program Diploma dan Sarjana Muda e-PJJ &PLK adalah 4 tahun.
| Program Pengajian | Unit Kredit |
|---|---|
| Diploma | Minimum 90 Kredit |
| Sarjana Muda | Minimum 120 Kredit |
2. Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?
Penggunaan Bahasa Inggeris akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
3. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus?
Pendaftaran kursus bagi pelajar dibuat secara atas talian sepenuhnya.(Rujuk Kalendar akademik untuk mengetahui bila/tempoh membuat pendaftaran kursus)
4. Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian?
Kredit yang dibenarkan adalah enam belas (16) kredit, walau bagaimanapun pelajar yang ingin mengambil lebih daripada enam belas (16) kredit hendaklah mendapat kelulusan Timbalan Pengarah Pusat Diploma/ Ijazah.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian kredit dan syarat-syaratnya?
Pengecualian Kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program. Syarat-syaratnya:
- Pelajar yang gagal/tidak tamat/diberhentikan dari mana-mana program IPT tidak layak diberi pengecualian kredit
- Jumlah maksimum unit kredit untuk dikecualikan tidak melebihi satu pertiga(1/3) jumlah unit kredit bagi program yang sedang diikuti
- Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan kandungan sekurang-kurangnyan75% dengan kursus yang ditawarkan kecuali kursus-kursus Universiti
- Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit hendaklah berstatus lulus
6. Bagaimanakah cara permohonan Pengecualian Kredit?
Permohonan Pengecualian Kredit adalah secara atas talian(online) semasa memohon program Sarjana Muda. Pemohon perlu memasukkan maklumat subjek yang terdapat di dalam transkrip diploma.
1. Apa itu APEL?
APEL ialah satu proses yang digunakan untuk tujuan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seseorang individu. Bagi konteks pengajian di UiTM pula, APEL boleh digunapakai untuk tujuan kelayakan bagi permohonan kemasukan ke program-program di UiTM dan juga mengakreditasi subjek-subjek kursus berdasarkan pengalaman individu tersebut. Berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), terdapat dua jenis APEL yang digunapakai oleh UiTM, iaitu APEL(A) untuk tujuan permohonan kemasukan ke pengajian di UiTM dan APEL(C) untuk tujuan pemindahan kredit berdasarkan pengalaman bekerja bagi pelajar-pelajar yang telah berdaftar dengan UiTM.
2. Apa perbezaan antara APEL (A) dan APEL (C)?
APEL (A) memberi akses atau laluan kepada golongan individu yang sudah mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mencukupi syarat kelayakan akademik minima yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi. UiTM mengiktiraf Sijil APEL (A) bagi tujuan permohonan kemasukan ke program-program yang ditawarkan oleh universiti kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendaftar sebagai calon APEL (A), sila layari laman web MQA di http://www2.mqa.gov.my/APEL/. Anda boleh menggunakan sijil APEL (A) semasa membuat permohonan untuk kursus-kursus yang ditawarkan oleh UiTM.
APEL (C) ialah satu mekanisma yang membolehkan pelajar UiTM untuk memohon pengecualian kredit untuk subjek berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek pelajaran. Hanya pelajar-pelajar yang telah berdaftar di UiTM layak untuk memohon pengecualian kredit melalui APEL (C) dan ini berdasarkan pengalaman pembelajaran terdahulu pelajar tersebut.
3. Bagaimanakah cara memohon APEL A?
Calon boleh membuat permohonan melalui laman web MQA di http://www2.mqa.gov.my/APEL/. Anda boleh memilih untuk menduduki Ujian Aptitude APEL di UITM atau dimana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda. Gunakan sijil APEL A anda untuk memohon masuk ke pengajian di UITM.
4. Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon dengan menggunakan APEL?
Di UiTM, sijil APEL (A) diterima bagi tiga (3) kemasukan pengajian:
- Program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)
- Program Ijazah Sarjana (APEL T-7)
5. Fakulti manakah yang menawarkan program dengan menggunakan syarat kemasukan APEL?
Dengan APEL.A, permohonan boleh dibuat untuk mana-mana program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh UiTM kecuali program-program yang melibatkan pengiktirafan dari Badan Professional (Professional Bodies).
Manakala untuk program Ijazah Sarjana, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menetapkan bahawa bidang pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL.A adalah seperti berikut:
- Hospitaliti dan Pelancongan;
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
- Kewartawanan
- Komunikasi Media
- Komunikasi Visual
- Matematik Gunaan
- Muzik
- Pendidikan
- Pengajian Islam
- Pengajian Media
- Pengajian Polisi
- Pengajian Strategi dan Pertahanan
- Pengurusan dan Perniagaan
- Pengurusan Perkhidmatan Makanan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Perakaunan
- Perladangan dan Agroteknologi
- Reka Bentuk Dalaman
- Sains Gunaan (Biologi)
- Sains Gunaan (Kimia)
- Sains Komputer
- Sains Sukan dan Rekreasi
- Seni Persembahan
- Senireka Grafik
- Sistem Maklumat
- Teknologi Maklumat
6. Siapakah yang boleh dihubungi?
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai penggunaan sistem APEL di UiTM, sila hubungi pegawai berikut di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Dr. Norraidah binti Abu Hasan, email: norraidah@uitm.edu.my (03-5544 4994 )
- Farah Qhairunnisa binti Mohd Yazid, email: farah384@uitm.edu.my (03-5544 2815)
1. Apa itu APEL?
APEL ialah satu proses yang digunakan untuk tujuan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seseorang individu. Bagi konteks pengajian di UiTM pula, APEL boleh digunapakai untuk tujuan kelayakan bagi permohonan kemasukan ke program-program di UiTM dan juga mengakreditasi subjek-subjek kursus berdasarkan pengalaman individu tersebut. Berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), terdapat dua jenis APEL yang digunapakai oleh UiTM, iaitu APEL(A) untuk tujuan permohonan kemasukan ke pengajian di UiTM dan APEL(C) untuk tujuan pemindahan kredit berdasarkan pengalaman bekerja bagi pelajar-pelajar yang telah berdaftar dengan UiTM.
2. Apa perbezaan antara APEL (A) dan APEL (C)?
APEL (A) memberi akses atau laluan kepada golongan individu yang sudah mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mencukupi syarat kelayakan akademik minima yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi. UiTM mengiktiraf Sijil APEL (A) bagi tujuan permohonan kemasukan ke program-program yang ditawarkan oleh universiti kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendaftar sebagai calon APEL (A), sila layari laman web MQA di http://www.mqa.gov.my/APEL/. Anda boleh menggunakan sijil APEL (A) semasa membuat permohonan untuk kursus-kursus yang ditawarkan oleh UiTM.
APEL (C) ialah satu mekanisma yang membolehkan pelajar UiTM untuk memohon pengecualian kredit untuk subjek berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek pelajaran. Hanya pelajar-pelajar yang telah berdaftar di UiTM layak untuk memohon pengecualian kredit melalui APEL (C) dan ini berdasarkan pengalaman pembelajaran terdahulu pelajar tersebut.
3. Apakah kebaikan APEL (C)?
Antara kebaikan APEL (C) ialah:
- Memungkinkan pelajar menghabiskan pengajian dalam tempoh masa yang singkat.
- Menggalakkan individu yang bekerja untuk kembali belajar.
- Mengiktiraf pengalaman pembelajaran individu yang diperoleh di luar aliran formal.
- Mengelakkan pembelajaran yang berulang.
- Boleh mengurangkan kos pengajian pelajar.
- Salah satu kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
- Menjadikan sistem pendidikan tinggi lebih fleksibel dan setanding dengan negara maju.
- Mewujudkan masyarat berilmu bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan sosial.
- Menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.
4. Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon dengan menggunakan APEL C?
Di UiTM, permohonan pemindahan kredit melalui APEL (C) adalah untuk pelajar-pelajar berdaftar di UiTM yang sedang mengikuti pengajian di peringkat berikut:
- Program Diploma
- Program Ijazah Sarjana Muda
- Program Ijazah Sarjana
5. Fakulti manakah yang menawarkan program dengan menggunakan syarat kemasukan APEL C?
Bagi permohonan APEL (C), pelajar-pelajar yang telah berdaftar untuk mengikuti program-program pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana layak untuk memohon APEL (C) melainkan program-program yang melibatkan pengiktirafan dari Badan Professional (Professional Bodies).
6. Bagaimanakah penilaian dibuat bagi APEL (C)?
Penilaian APEL (C) dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak MQA. Secara amnya, penilaian akan melibatkan pemetaan pengalaman pembelajaran terdahulu (experiential learning) pemohon dan hasil pembelajaran kursus (learning outcomes) bagi setiap pengecualian kredit bagi subjek yang dipohon melalui APEL (C). Jenis instrumen penilaian akan ditentukan oleh Penasihat APEL (C) dengan mengambil kira keperluan subjek yang dipohon dan tahap pengajian program tersebut. Secara amnya terdapat dua jenis instrumen penilaian bagi APEL (C) iaitu Challenge Test dan Portfolio. Contoh-contoh challenge test adalah seperti ujian bertulis, ujian lisan dan uji-bakat, manakala portfolio adalah dokumen formal yang disediakan oleh pemohon bertujuan untuk menunjukkan pengalaman pembelajaran terdahulu setara dengan hasil pembelajaran kursus (course learning outcomes). Portfolio pemohon mengandungi kompilasi bukti-bukti pembelajaran terdahulu dan disediakan mengikut template yang ditetapkan.
7. Siapakah yang menguruskan APEL (C) di UiTM?
Pelajar yang berdaftar di UiTM boleh memohon APEL (C) yang diuruskan oleh Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
8. Bilakah pelajar boleh memohon APEL (C)?
Pelajar boleh memohon APEL (C) pada bila-bila masa sepanjang pengajian mereka di UiTM tetapi adalah disarankan agar permohonan APEL (C) dibuat pada tahun pertama pengajian. Pelajar yang telah berdaftar disarankan untuk menyemak pelan pengajian masing-masing dan mengenalpasti mana-mana subjek yang dirasakan boleh diberi pengecualian kredit berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka.
9. Bagaimanakah cara memohon APEL (C)?
Permohonan untuk APEL (C) adalah terbuka untuk pelajar-pelajar yang telah berdaftar dengan UiTM. Sistem permohonan online untuk APEL (C) boleh didapati di http://iceps-apps.uitm.edu.my/
10. Siapakah yang boleh dihubungi?
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai penggunaan sistem APEL di UiTM, sila hubungi pegawai berikut di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional(iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Dr. Norraidah binti Abu Hasan, email: norraidah@uitm.edu.my (03-5544 4994 )
- Farah Qhairunnisa binti Mohd Yazid, email: farah384@uitm.edu.my (03-5544 2815)
1. Apakah itu program Sijil Annex?
Program Sijil Annex adalah laluan kepada graduan untuk mencari peluang bagi menambah pengetahuan dan kemahiran seiring dengan kerjaya agar kekal relevan serta berdaya saing dengan graduan yang baharu.
- Program ini terbuka kepada semua graduan yang berstatus Bumiputera yang sedang/ telah bekerja dengan mempunyai kelulusan Sarjana Muda daripada IPTA atau IPTS.
- Tiada had umur bagi pemohon program Sijil Annex.
- Syarat kemasukan setiap program adalah tertakluk kepada Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program yang ditetapkan oleh Fakulti.
|
Syarat Am Universiti |
Syarat Khas Program |
| i. Lulus SPM/ setaraf. ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. iii. Lulus Ijazah / setaraf daripada IPT yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. |
i. Lepasan Ijazah (Sarjana Muda/ Sarjana/ Setaraf) yang diiktiraf. ii. Sekurang-kurangnya PNGK 2.00 lepasan Ijazah IPTA/ IPTS. iii. MUET sekurang-kurangnya Band 1. |
3. Berapakah kadar yuran bagi program Sijil Annex?
Jumlah keseluruhan yuran pengajian Sijil Annex sebanyak RM 1,938.00.
|
Semester Satu (RM 788.00) |
Semester Dua (RM 725.00) |
Semester Tiga (RM 425.00) |
| Yuran Kursus RM 100 per Kredit × 2 Kursus (6 Kredit) : RM 600 Pendaftaran : RM 30 Kad Pelajar : RM 33 Yuran Kenaan Tetap : RM 125 |
Yuran Kursus RM 100 per Kredit × 2 Kursus (6 Kredit) : RM 600 Yuran Kenaan Tetap : RM 125 |
Yuran Kursus RM 100 per Kredit × 1 Kursus (3 Kredit) : RM 300 Yuran Kenaan Tetap : RM 125 |
4. Bolehkah kursus-kursus Sijil Annex diambil dalam satu semester sahaja?
Boleh, semua kursus Sijil Annex boleh diambil dengan syarat mencukupi minimum 15 jam kredit.
5. Adakah kursus Sijil Annex perlu diambil di bawah satu fakulti sahaja?
Tidak, kursus yang dipilih oleh pelajar tidak terhad kepada satu fakulti.
6. Berapa lama masa yang diambil untuk melengkapkan satu semester?
Tempoh pengajian Sijil Annex adalah 5 hingga 6 bulan untuk satu semester
7. Bagaimanakah jadual untuk pelajar separuh masa Sijil Annex?
Bergantung kepada kursus pilihan pelajar. Jika pelajar memilih kursus ePJJ/PLK, maka jadual kelas adalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jika pelajar memilih kursus Sepenuh Masa (FT), maka jadual kelas adalah antara Isnin hingga Jumaat.
8. Apakah bahasa perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?
Pengajaran dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus-kursus Bahasa Melayu.
9. Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) dilakukan pada masa ini?
Proses PnP bergantung kepada arahan daripada JPT dan UiTM dari semasa ke semasa.
10. Bagaimanakah penerangan lanjut untuk setiap kursus boleh didapati?
- Sila layari pautan: http://aims.uitm.edu.my/index.cfm/page/search
- Pilih menu “Courses” serta masukkan kod kursus yang boleh diperolehi di dalam Learning Kit Sijil Annex
- Tekan “Enter”
11. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan program Sijil Annex?
Permohonan kemasukan ke program Sijil Annex boleh dibuat melalui pautan berikut (https://iis-iceps.uitm.edu.my/register).
12. Bilakah dan bagaimana keputusan permohonan akan dimaklumkan?
Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara berperingkat. Calon juga boleh menyemak keputusan permohonan melalui pautan berikut (https://iis-iceps.uitm.edu.my/semak).
13. Adakah terdapat peperiksaan akhir untuk program Sijil Annex?
Bergantung kepada kursus yang dipilih dan keputusan Fakulti.
14. Bagaimanakah proses pemberian Sijil Annex dilaksanakan?
Program ini menawarkan pelbagai kursus daripada tiga (3) program iaitu ePJJ/PLK (Separuh Masa), Micro-Credentials, dan Kursus dari Program Perdana UiTM (Sepenuh Masa).
|
Pilihan dari MOOC / ePJJ / PLK |
Pilihan dari Micro-Credentials |
Pilihan dari Kursus Program Perdana UiTM |
| i. Pelajar memilih dan mendaftar mana-mana kursus yang aktif dari fakulti ii. Pelajar akan mengikuti kelas seminar bersama pelajar ePJJ/PLK dan menggunakan juga UFUTURE sebagai medium PnP secara maya dengan mod separuh masa. iii. Yuran pengajian adalah sama dengan pelajar mod ePJJ/PLK mengikut program fakulti. |
i. Kursus berkredit dan pemberian kredit diberi apabila pelajar memperolehi semua BADGES dari setiap modul kursus secara kursus jangka pendek. ii. Proses dilaksanakan Langkah 1 – Kompetensi - Pelajar mengenalpasti kompetensi yang diingini berpandukan keperluan dan minat. Langkah 2 – PnP - Pelajar menjalani proses PnP berpandukan modul yang disediakan (menonton video, membuat tugasan dan arahan lain yang diberikan). Langkah 3 – Penilaian - Pelajar mengumpul dan menyerahkan bukti kompetensi untuk dipelajari dan dinilai. Langkah 4 – Lencana Digital - Pelajar mendapat MCs dan dianugerahkan Lencana Digital. Langkah 5 – Sijil Digital - Koleksi lencana digital boleh dikumpul untuk mendapatkan pemindahan kredit. |
i. Kursus berkredit dari semua program perdana UiTM yang aktif. ii. Pelajar akan mengikuti kelas seminar bersama pelajar Saujana Muda menggunakan kaedah P&P mod sepenuh masa. iii. Yuran pengajian adalah sama dengan kadar yuran seperti pelajar separuh masa mengikut program fakulti. |
15. Apakah syarat memperolehi persijilan Annex?
Pelajar perlu mendaftar dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan syarat minima 15 jam kredit/5kursus (Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian minima 15 jam kredit).
16. Apakah kursus-kursus yang ditawarkan bagi program Sijil Annex?
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti di laman sesawang iCEPS. (http://online.anyflip.com/hhriz/aakk/mobile/).
Terdapat sembilan (9) fakulti yang menawarkan kursus bagi Sijil Annex antaranya ialah:
i. Fakulti Muzik
ii. Fakulti Perakaunan.
iii. Fakulti Undang-undang.
iv. Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.
v. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media
vi. Kolej Pengajian Seni Kreatif
vii. Fakulti Sains Gunaan
viii. FFakulti Pendidikan.
ix. Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi.
18. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, calon boleh menghubungi atau emelkan ke pegawai berkenaan.
- En. Nik Mohammad Aizat Bin Fakri
nikaizat@uitm.edu.my
03-5544 4817 (WhatsApp Business) - Cik Azmira binti Md Ismail
azmiraismail@uitm.edu.my
03-5544 4990
Program Profesional merupakan suatu program bersifat Terminal iaitu kemahiran dan tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian di aliran Perdana iaitu digunakan sebagai kelayakan untuk memasuki program yang diiktiraf oleh MQA.
Program Profesional merupakan laluan pendidikan alternatif bagi mereka yang tidak memenuhi syarat kemasukan untuk pengajian di aliran Perdana namun mempunyai pengalaman kerja dan ingin meningkatkan taraf pendidikan.
Program ini direka khas untuk pekerja industri. Syarat kemasukan lebih fleksibel, tempoh pengajian yang lebih pendek dan kadar yuran yang lebih murah.
2. Siapakah yang boleh memohon program Profesional iCEPS UiTM?
- Pekerja kerajaan.
- Pekerja industri/ swasta.
- Siswazah baharu yang ingin menambah kemahiran.
Kelas diadakan pada hujung minggu dengan mod separuh masa.
4. Adakah program Profesional iCEPS UiTM ini diiktiraf?
Program Profesional ini dianugerahkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan tidak tertakluk kepada badan pengiktirafan.
Pengiktirafan oleh Senat Universiti Teknologi MARA.
5. Berapa lamakah tempoh pembelajaran bagi program Profesional?
Tempoh pembelajaran bergantung dengan pelan pengajian yang diambil sama ada Sijil Profesional / Diploma Profesional / Sarjana Muda Profesional / Sarjana Profesional.
6. Apakah syarat umum kemasukan bagi program Profesional iCEPS UiTM?
- SIJIL PROFESIONAL: Terbuka kepada semua DAN calon haruslah berumur 18 tahun dan ke atas.
- DIPLOMA PROFESIONAL: Calon Bumiputera DAN lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lulus pensijilan akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL).
- SARJANA MUDA PROFESIONAL: Calon Bumiputera DAN lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja ATAU lulus pensijilan akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) ATAU lulus Diploma Eksekutif/ Profesional.
- SARJANA PROFESIONAL: Calon Bumiputera DAN lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU mempunyai 5 tahun pengalaman bekerja ATAU lulus pensijilan akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) ATAU lulus Sarjana Muda Eksekutif/ Profesional.
7. Adakah boleh memohon program Profesional yang ditawarkan sekiranya masih belum menduduki Malaysian University English Test (MUET)?
BOLEH. Calon dibenarkan untuk membuat permohonan tanpa MUET.
8. Bagaimanakah penilaian program Profesional ini dijalankan?
Sijil Profesional – Penilaian secara berterusan semasa dalam tempoh pembelajaran.
Diploma Profesional/ Sarjana Muda Profesional/ Sarjana Profesional – Penilaian secara Kerja Kursus dan Penilaian Akhir.
9. Adakah saya perlu membeli nombor pin BSN untuk membuat permohonan?
TIDAK PERLU. Pemohon hanya perlu membuat permohonan melalui pautan yang disediakan oleh pihak iCEPS UiTM dengan mengisi butiran maklumat diri dan membayar yuran yang telah ditetapkan.
10. Bagaimanakah cara untuk memohon program Profesional iCEPS UiTM?
Permohonan bagi program Profesional boleh dibuat melalui pautan berikut: (https://iis-iceps.uitm.edu.my/profesional)
11. Siapakah yang boleh dihubungi ?
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai program Profesional, Sila hubungi pegawai berikut di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Amir Hisyam bin Mohd Arif , email: amirhisyam@uitm.edu.my (03 5544 4925)
- Md Helmi Bin Abdul Aziz , email: helmi9164@uitm.edu.my (03-5544 2609)
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut e-mel kepada kami di: email: jppaiceps@uitm.edu.my .
